TADIKA AL BAGHDADI TADIKA AL BAGHDADI TADIKA AL BAGHDADI TADIKA AL BAGHDADI TADIKA AL BAGHDADI TADIKA AL BAGHDADI TADIKA AL BAGHDADI TADIKA AL BAGHDADI
Sejarah Ringkas
Tadika kami telah ditubuhkan sejak tahun 2008, dengan pengalaman yang luas dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK). Kami memulakan langkah dengan membuka tadika pertama di Taman Seri Jati, Batu Berendam dan kemudiannya mengembangkan lagi ke lokasi kedua di Taman Seri Selendang. Dengan izin Allah, kami diberikan amanah untuk mengurus tadika ketiga di bawah modul Al-Baghdadi di Durian Tunggal dan Sungai Udang. Antara usaha yang menjadi objektif utama adalah membina generasi yang mencintai al-Quran bukan sekadar membaca namun memahami, menghafaz, mentadabbur ayat-ayat wahyu Allah s.w.t. seterusnya mengamalkan cara hidup berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah. Kami juga menyediakan perkhidmatan kelas-kelas tuisyen, transit dan kelas-kelas mengaji hingga ke tahap remaja dan dewasa.
Kami juga mengucapkan terima kasih atas kepercayaan ibu bapa dan penjaga terhadap tadika kami. Ramai antara anak-anak yang pernah belajar bersama kami kini telah dewasa, berjaya dalam pelajaran, dan berkerjaya cemerlang. Harapan kami adalah untuk terus menjadi institusi pendidikan yang unggul, mendidik anak-anak dengan nilai-nilai murni serta pengetahuan agama dan akademik. Kami berazam untuk terus melahirkan generasi yang berakhlak mulia, berilmu, dan berjaya dalam kehidupan dunia serta akhirat, dengan izin Allah.
Semoga tadika kami terus menjadi pilihan utama para ibu bapa dalam membentuk masa depan anak-anak yang cemerlang. Aamiin aamiin ya Rabbal alamin🤲🏼.


AL BAGHDADI
AL BAGHDADI
AL BAGHDADI
AL BAGHDADI
AL BAGHDADI
AL BAGHDADI
AL BAGHDADI

DEDIKASI. TERBAIK UNTUK ANAK-ANAK ANDA
Dengan pemantauan dan gerak kerja pendidikan yang dedikasi akan memastikan anak anda mendapat pendidikan terbaik dari kami.
VISI
Melahirkan generasi yang hidup berpandukan Al-Quran dan Hadith serta cemerlang secara holistik dari segi Jasmani, Emosi, Rohani, Intelektual dan Sosial (JERIS)
MISI
- Menyediakan program pendidikan Al-Quran berterusan dengan membantu kanak-kanak untuk membaca, memahami dan mengamalkan cara hidup Islam dalam kehidupan harian.
- Membimbing kanak-kanak membina keyakinan diri dengan memberikan pengalaman melalui aktiviti – aktiviti ilmiah.
- Membantu kanak-kanak khatam Al Quran seawal usia tadika.
- Menyediakan program intensif membaca Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Jawi.
kEUTAMAAN
- Ke arah membina peribadi yang mencintai Al Quran. (Baca, Faham,Amal)
- Memberi keutamaan kepada kualiti perkhidmatan yang bernilai tinggi kepada ibu bapa/penjaga serta mengutamakan penjagaan dan pendidikan anak-anak yang berkualiti merangkumi ilmu rohani dan duniawi demi perkembangan yang menyeluruh.
- Mengutamakan kepentingan kanak-kanak daripada diri sendiri dalam apa jua situasi. Melayan kanak-kanak dengan sebaik-baiknya tanpa ada sikap pilih kasih serta tidak menggunakan 3 K- Kekasaran Fizikal, Kekasaran Bahasa dan Kekasaran Suara.
Merangsang Kanak-Kanak untuk bertanggungjawab sebagai khalifah Allah dan ke arah Rabbaniyyin.
- Menjaga diri menjadi baik.
- Menolong orang lain menjadi baik.
- Menjaga dan memakmurkan alam.

Mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) dan mereka pula segera mengerjakan pelbagai kebajikan. Mereka (yang demikian sifatnya) adalah dari orang-orang yang soleh. (Surah Ali-Imran 3 : 14)
Mengaplikasi konsep
- Setiap Anak Adalah Khalifah Allah,
- Setiap Anak Adalah Permata Negara,
- Setiap Anak Adalah Unik,
- Setiap Anak Adalah Berbeza.
Hadis riwayat Abu Hurairah Radhiyallahu’anhu, ia berkata: Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam bersabda: Setiap anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah. Kedua orang tuanyalah yang membuatnya menjadi seorang Yahudi, seorang Nasrani maupun seorang Majusi. Sebagaimana seekor binatang yang melahirkan seekor anak tanpa cacat, apakah kamu merasakan terdapat yang terpotong hidungnya?