Daftar Anak Anda Ke Tadika Kami Untuk Pendidikan Terbaik
Tadika kami telah ditubuhkan sejak tahun 2008, dengan pengalaman yang luas dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK). Kami memulakan langkah dengan membuka tadika pertama di Taman Seri Jati, Batu Berendam dan kemudiannya mengembangkan lagi ke lokasi kedua di Taman Seri Selendang. Dengan izin Allah, kami diberikan amanah untuk mengurus tadika ketiga di bawah modul Al-Baghdadi di Durian Tunggal dan Sungai Udang. Antara usaha yang menjadi objektif utama adalah membina generasi yang mencintai al-Quran bukan sekadar membaca namun memahami, menghafaz, mentadabbur ayat-ayat wahyu Allah s.w.t. seterusnya mengamalkan cara hidup berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah. Kami juga menyediakan perkhidmatan kelas-kelas tuisyen, transit dan kelas-kelas mengaji hingga ke tahap remaja dan dewasa.
Kami percaya bahawa pendidikan yang berkualiti bermula daripada pendidik yang berilmu, kreatif dan sentiasa bersedia untuk meningkatkan kemahiran diri. Oleh itu, para pendidik di tadika kami sentiasa diberikan pendedahan, latihan dan kemahiran terkini dari semasa ke semasa bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik, kreatif dan berkesan.
Melalui ilmu dan kemahiran yang diperoleh, para pendidik dapat mempelbagaikan aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan, merangsang kreativiti, membina keyakinan diri serta mengembangkan potensi setiap kanak-kanak. Matlamat kami bukan sekadar mendidik, tetapi membantu setiap anak membesar sebagai individu yang kreatif, yakin, berdikari dan bersedia menghadapi alam persekolahan.
Terbaik Untuk Anak Anda
Kami komited memberikan yang terbaik demi memastikan anak anda memperoleh pendidikan berkualiti melalui pendekatan pembelajaran yang kreatif, menyeronokkan dan berkesan. Dengan bimbingan pendidik yang berdedikasi serta persekitaran pembelajaran yang kondusif, kami berusaha membentuk anak-anak yang berilmu, berakhlak mulia, berkeyakinan tinggi dan berdaya saing sebagai asas kecemerlangan masa depan mereka.