Mengenai Kami
Selamat Datang Ke Tadika Mutiara Addien Edu
Kami menyedia servis untuk anak-anak mendapatkan pendidikan terbaik bermula dari tadika sehingga kelas tuisyen selepas sekolah.
Visi Kami
Melahirkan generasi yang hidup berpandukan Al-Quran dan Hadith serta cemerlang secara holistik dari segi Jasmani, Emosi, Rohani, Intelektual dan Sosial (JERIS)
Misi Kami
Tadika Addien (PPMA) menawarkan Pendidikan Awal Kanak-Kanak berteraskan Al-Quran dan Sunnah, membentuk generasi yang berilmu, berakhlak dan mengamalkan cara hidup Islam. Kami menekankan hafazan, tadabbur ayat-ayat pilihan serta penghayatan 99 Asmaul Husna demi melahirkan generasi cemerlang dunia dan akhirat.
Fokus Misi
- Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah: Menjadi Asas Pendidikan
- Pendidikan Islam: Membentuk cara hidup Islam menurut syariat.
- Pendidikan Seimbang: Menawarkan pendidikan seimbang dunia dan akhirat.
- Pembangunan Sahsiah: Melatih ke arah insan sejahtera dan berkarektor mulia.
- Kualiti: Meningkatkan kualiti guru, penglibatan ibu bapa, dan murid.
BIODATA PENGUSAHA ADDIEN
- Merupakan anak kelahiran Batu Pahat ,Johor
- Dulunya merupakan seorang Senior Engineer & ISO Auditor sebelum menceburi bidang PAKK (Pendidikan Awal Kanak-kanak)
- Mula menceburi bidang PAKK sejak tahun 2009
- Menguruskan 6 Pusat PAKK di bawah Pusat Pendidikan Mutiara Addien (PPMA)
a. 3 tadika modul Warnakids Didi & Friends
b. 2 tadika modul Al-Baghdadi
c. 1 Pusat Tuisyen (Akademi Halaqah Al Quran & Transit) - Guru Program Asas Tahfiz dan Guru Mengaji Dewasa di Masjid Nurul Hidayah Bt Berendam
- Pemegang Sanad Ijazah Al-Quran 30 Juzuk dari beberapa guru bersanad
- Pemegang Sijil Tauliah Mengajar Al-Quran dari Jabatan Mufti Negeri Melaka
- Penasihat Program DPAKK (Diploma Pendidikan Awal Kanak2) MICOST, Melaka
- Timbalan Pengerusi Persatuan Tadika Swasta Negeri Melaka (PTSNM)
- Setiausaha Kehormat Pertubuhan Lembaga Kebajikan Perempuan Islam (LKPIM PNM)
Garis Masa Perkembangan Kami
Sedikit Statistik
Statistik perkembangan Tadika kami secara keseluruhan..
1
Tahun Pengalaman
100
Jumlah Pelajar
1
Pengajar
1
