Mengenai Kami

Selamat Datang Ke Mutiara Addien Edu

Kami menyedia servis untuk anak-anak mendapatkan pendidikan terbaik bermula dari tadika sehingga kelas tuisyen selepas sekolah.

Visi Kami

Melahirkan generasi yang hidup berpandukan Al-Quran dan Hadith serta cemerlang secara holistik dari segi Jasmani, Emosi, Rohani, Intelektual dan Sosial (JERIS)

Misi Kami

Tadika Addien (PPMA) menawarkan Pendidikan Awal Kanak-Kanak berteraskan Al-Quran dan Sunnah, membentuk generasi yang berilmu, berakhlak dan mengamalkan cara hidup Islam. Kami menekankan hafazan, tadabbur ayat-ayat pilihan serta penghayatan 99 Asmaul Husna demi melahirkan generasi cemerlang dunia dan akhirat.

Fokus Misi

BIODATA PENGUSAHA ADDIEN

  • Merupakan anak kelahiran Batu Pahat ,Johor
  • Dulunya merupakan seorang Senior Engineer & ISO Auditor sebelum menceburi bidang PAKK (Pendidikan Awal Kanak-kanak)
  • Mula menceburi bidang PAKK sejak tahun 2009
  • Menguruskan 6 Pusat PAKK di bawah Pusat Pendidikan Mutiara Addien (PPMA)
    a.  3 tadika modul Warnakids Didi & Friends
    b.  2 tadika modul Al-Baghdadi
    c.  1 Pusat Tuisyen (Akademi Halaqah Al Quran & Transit)
  • Guru Program Asas Tahfiz dan Guru Mengaji Dewasa di Masjid Nurul Hidayah Bt Berendam
  • Pemegang Sanad Ijazah Al-Quran 30 Juzuk dari beberapa guru bersanad
  • Pemegang Sijil Tauliah Mengajar Al-Quran dari Jabatan Mufti Negeri Melaka
  • Penasihat Program DPAKK (Diploma Pendidikan Awal Kanak2) MICOST, Melaka
  • Timbalan Pengerusi Persatuan Tadika Swasta Negeri Melaka (PTSNM)
  • Setiausaha Kehormat Pertubuhan Lembaga Kebajikan Perempuan Islam (LKPIM PNM)

Garis Masa Perkembangan Kami

Sedikit Statistik

Statistik perkembangan Tadika kami secara keseluruhan..

1
Tahun Pengalaman
100
Jumlah Pelajar
1
Pengajar
1
Cawangan Tadika Addien